Format Surat Rasmi

Format Surat Rasmi ialah surat yang mempunyai sifat formal dan ditulis untuk kepentingan umum. Surat kiriman rasmi mempunyai format yang berbeza sangat dengan format kiriman yang tidak rasmi.

Untuk menulis surat kiriman rasmi, kamu perlu sensetif dengan penggunaan tanda baca semacam penggunaan huruf besar dan huruf kecil. Format surat kiriman rasmi kena diikut dengan betul dan tepat. Pelajar yang memilih menjawab soalan surat kiriman rasmi dalam peperiksaan peluang untuk hilang markah tinggi sekiranya tak mahir dengan format tapi mudah mendapat markah sekiranya pelajar mahir dengan format.

Menulis surat kiriman rasmi mempunyai tujuan tertentu. Tujuan mestilah rasmi dan formal. Sebagai contoh untuk menulis surat kepada PIBG untuk menjemput ke majlis di sekolah. Guru tak boleh menulis surat kiriman tidak rasmi memandangkan ini merupakan urusan rasmi.

Kalau menulis surat kepada kawan-kawan tidak perlu menggunkan format surat kiriman rasmi kerana ia bukan surat formal. Ianya lebih sesuai menggunakan surat kiriman tidak rasmi. Dibawah merupakan tujuan-tujuan surat rasmi di tulis:

  • Permohonan – contoh : memohon kerja atau bantuan
  • Surat Aduan atau Bantahan – contoh : aduan kerosakan dewan
  • Surat Pesanan – contoh: Pesanan buku perpustakaan sekolah
  • Surat Rayuan – contoh: Rayuan perpindahan
  • Surat Jemputan – contoh: Jemputan menghadiri mesyuarat
  • Surat Makluman – contoh : Makluman tidak hadir ke sekolah
  • dan Seterusnya

Contoh Surat Kiriman Rasmi

Format Surat Rasmi

Screen capture diatas menerangkan secara lengkap format surat kiriman rasmi. Setiap format perlu diikut dengan betul dan tepat kerana ia penting sangat.

0 comments

Posting Komentar